Sara tersentak. Dia memandang Alvin. Ada rasa benci di mata Sara. Pantas Sara berlari masuk ke dalam biliknya lalu menguncinya dari dalam.
Alvin mengeluh. Dia masuk ke bilik kerjanya lalu membuka laptopnya. Dia membuka satu per satu video dari kamera yang dipasang di setiap tempat di rumahnya. Dahinya berkerut memandang video tersebut. Hatinya serta-merta rasa sakit. Susan dengan kasar mengheret Sara
masuk ke dalam bilik mandi. Dia cuba membesarkan gambar tersebut kerana dia tidak dapat melihat dengan jelas apa yang Susan lakukan terhadap Sara di dalam bilik mandi tersebut. Mujur Susan tidak menutup pintu bilik mandi. Jantungnya berdegup kencang menahan marah. Susan menekan kepala Sara masuk ke dalam tab mandi yang penuh dengan air. Sara tercungap-cungap apabila rambutnya ditarik ke atas. Dia melempar gelas di hadapannya. Marahnya semakin memuncak melihat tindakan Susan. Tiba-tiba dia melihat Richard pula datang. Dahinya berkerut. Buat apa Richard datang ke rumahnya. Hatinya makin sakit apabila melihat
Susan dan Richard berpelukan. Pantas dia menutup laptopnya. Dia mencapai telefon di sisinya. “Cari Richard dan Susan sampai dapat! Aku nak mereka hidup-hidup!”
“Baik, bos...”
Alvin meletakkan gagang telefon. Tiba-tiba dia teringatkan Sara yang masih merajuk dengannya. Dia segera keluar ke bilik Sara. “Sara.. I’m so sorry, baby,” ujarnya sambil mengetuk pintu bilik Sara. “Sara, please... Buka pintu ni Sara,” hatinya yang sedang ‘menggelegak’ seperti mahu meletup apabila Sara tidak mengendahkan kata-katanya. Dia menarik nafas dalam-dalam.
Dia perlu bersabar dengan kerenah Sara. Sara masih terlalu kecil. “Sara...”
Tiba-tiba pintu terbuka. Alvin memandang Sara yang sedang berdiri di depan pintu. “I know I’m wrong. Can you forgive me my dear?” soalnya yang melutut dan memandang tepat ke wajah Sara.
Sara memandang Alvin.
Alvin menarik cuping telinganya sambil tersengih memandang Sara.
Sara tersenyum lalu memeluk Alvin. “I love you, papa.”
“Love you too, my dear,” ujar Alvin sambil membalas pelukan Sara. Dia mengusap lembut rambut Sara. Apa yang terjadi pada Sara tidak akan dibiar begitu saja. ‘Susan, kau tunggu aku! Tunggu nasib kau nanti!’
MALAM itu seperti yang dijanjikan, Alvin datang ke sebuah pub. Dia duduk di satu penjuru bersama beberapa orang pengikut di sekelilingnya. Tidak lama kemudian seorang lelaki berpakaian serba putih datang lalu duduk di hadapannya.
“Mana diorang?” tanya Alvin sambil memandang Kalvin dihadapannya.
“Ada di belakang, bos,” jawab Kalvin sambil menentang pandangan Alvin.
Alvin mengangguk. Dia bangun lalu menuju ke belakang pub diikuti oleh pengikut-pengikutnya.
Sampai di belakang, Alvin masuk ke sebuah kereta. Dia tersenyum penuh makna memandang Richard dan Susan yang terikat di tempat duduk belakang. “Sampai mana kau orang dah lari hah?!” Alvin tergelak lalu menghembuskan asap rokok ke muka Susan dan Richard.
Susan sedikit lemas apabila asap rokok itu tersekat di kerongkongnya.
“Where is the money?” soal Alvin tanpa memandang Richard. Suaranya mendatar.
Richard membisu seribu bahasa.
“Mana duit tu!” jerkah Alvin.
Richard dan Susan sedikit tersentak.
“I want that money...” ujar Alvin benar-benar dekat dengan wajah Richard.
“Duit tu tak ada pada aku,” kata Richard lembut.
Alvin tergelak. “Tak ada pada kau? Habis pada siapa? Pada aku? Bong!!!”
Pantas seorang lelaki datang lalu menghulurkan sepucuk pistol kepada Alvin.
Alvin tersenyum sambil menggilap pistol tersebut. “You know what, pistol ni dah lama tak ‘makan’ orang. Aku tak suka nak tengok orang mati sia-sia. Tapi kalau kau nak, apa salahnya aku tolong tunaikan. Mana duit tu?” soalnya. Kali ini muncung pistol itu benar-benar berada di dahi Richard.
Peluh dingin mula mengalir menuruni dahinya. “Betul, Alvin. Duit tu tak ada pada aku lagi. Aku dah buat seperti yang kau arahkan. Aku cuma ambil separuh saja. Lebih tu, aku dah beri pada Keong di pelabuhan hari tu.”
Alvin mengangguk. Pantas dia mencapai telefon bimbitnya. “Keong mana?”
“Dia dah lepas ke Hong Kong,” ujar Rajan, salah seorang dari pengikutnya.
Alvin mengetap bibir. “Cari dia sampai dapat. Serahkan dia pada aku.” Dia memandang Richard. Pistol di tangannya masih tidak berubah posisi. Dia memandang salah seorang pengikutnya agar mengeluarkan Richard dari dalam kereta. Dia keluar menuju ke boot belakang. Dia berdiri betul-betul di hadapan Richard. “Mana yang separuh tu?”
Richard menelan liur apabila muncung pistol masih di kepalanya. Jantungnya berdegup kian pantas. “Ada dekat dalam lokar, di rumah aku,” jawab Richard. Ada getar pada suaranya.
Alvin mengangguk. Sekali lagi dia mengeluarkan telefon bimbitnya. “Cari duit tu dalam lokar di rumah Richard. Sekarang!” Dia menyerahkan telefon bimbitnya kepada salah seorang pengikutnya.
“Ingat, kalau tak ada... peluru ni akan keluar,” ujar Alvin lalu melepaskan tembakan ke udara.
Richard memejamkan matanya rapat-rapat. Seperti terhenti degupan jantungnya. Terasa nyawanya sudah terbang melayang.
Tiba-tiba telefon bimbit Alvin berbunyi. Pantas dia menjawab. “Macam mana?”
“Ada, bos,” jawab Rajan.
“Datang ke sini dalam masa sepuluh minit!” Alvin terus mematikan talian telefon bimbitnya. Dia tergelak memandang Richard. Muncung pistol masih setia di dahi Richard. “Jangan ingat kau dah selamat Richard. Kau dah belot pada aku. Orang belot tak boleh hidup lebih lama dari
15 minit, tahu?”
Serta-merta Richard melutut. “Please... aku merayu, Alvin. Lepaskan aku. Aku janji takkan ulang lagi kesilapan tu,” rayu Richard.
Alvin memandang Richard. Bengis sungguh wajah itu. Tiba-tiba satu tumbukan tepat mengenai ke wajah Richard. Richard tersungkur di tepi tayar kereta. “Bangun!” perintah Alvin.
Dua orang pengikut Alvin menarik Richard agar bangun. Darah pekat mula mengalir dari mulut dan hidungnya. Richard memejamkan matanya. Mulutnya terasa pedih.
Sebuah kereta berhenti di hadapan Alvin. Seorang lelaki berpakaian serba hitam keluar dengan membawa sebuah beg.
“Ini, bos.”
Alvin menyambut huluran tersebut lalu melihat isi dalamnya. Dia tersenyum. “Kira,” ujarnya sambil menghulurkan beg tersebut kepada seorang pengikutnya. Pantas saja mereka mengira jumlah duit di dalam beg tersebut.
“Cukup, bos.”
“Bagus.” Alvin memberikan isyarat mata kepada dua orang pengikutnya.
Dua orang pengikut Alvin yang memegang Richard segera meletakkan kepala Richard di atas boot kereta.
Richard pasrah. Harapannya untuk hidup hanya tinggal harapan. Muncung pistol di kepalanya terasa ditekan. Degupan jantungnya kian kencang. Dia memejamkan matanya rapat-rapat.
“Aku dah cakap, kan. Orang belot tak boleh hidup lebih daripada 15 minit. Bersedialah untuk mati, Richard,” ujar Alvin dengan senyuman.
Waktu itu, Richard terbayang waktu-waktu dia berkawan dengan Alvin. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Salahnya kerana belot pada Alvin. Tiba-tiba bunyi tembakan di lepaskan.
Terasa bergegar otaknya. Boot kereta itu juga terasa sedikit bergoyang. Saat itu, dia dapat rasakan nyawanya seperti pergi meninggalkannya. Perlahan-lahan dia membuka matanya.
Nyata dia masih hidup. Dia mengangkat kepalanya.
“Kau beruntung sebab pernah jadi kawan baik aku, Richard,” ujar Alvin lalu meniup muncung pistol yang masih berasap.
Richard menelan liur. Rupanya Alvin hanya menembak ke dalam boot keretanya. Dadanya berombak.
“Ingat semua! Aku takkan teragak-agak untuk bunuh korang kalau ada yang belot lagi! Faham!” jerit Alvin.
“Faham, bos!” sahut yang lain.
Alvin memandang Richard di hadapannya. “Beg!”
Seorang pengikut Alvin menyerah sebuah beg kepada Richard.
“Ambil duit ni dan pergi dari sini. Aku tak nak tengok muka kau lagi! Itu rupanya harga kesetiaan kau pada aku selama ni. Tapi ingat, jangan sampai aku jumpa kau, Richard. Sampai aku jumpa kau, aku rasa tak perlu aku bagitahu apa yang aku nak buat. Pergi!” ujar Alvin sambil menghulurkan kunci kereta Richard.
Perlahan-lahan Richard mengambil kunci di tangan Alvin lalu masuk ke dalam kereta.
Alvin menyerahkan pistol di tangannya kepada seorang pengikutnya. “Bawa perempuan tu,” arahnya, lalu masuk semula ke dalam pub.
bab 4
AIN masuk ke dalam pejabat Encik Kamil. Dia menarik nafas dalam-dalam. Pasti dia akan menjadi sasaran kemarahan En Kamil.
“Awak, Ain! Berapa kali saya nak tegur awak datang lewat, hah? Awak nak kerja ke tak nak sebenarnya?” soal Encik Kamil.
Ain mengulum lidahnya.
“Baik, saya tak ada pilihan lain keuali pecat awak. Prestasi kerja awak, teruk sangat!”
Ain menelan liur. ‘Takkan betul-betul kot kali ni.’ “Okey, Encik Kamil. Saya janji tak buat lagi. Kali ni betul saya janji. Sumpah,” ujarnya sambil mengangkat tangannya tanda dia
bersumpah.
Encik Kamil tergelak. “Berapa banyak awak dah janji? Hmm... tapi tak apa. Saya boleh terus bagi awak bekerja tapi awak kena jadi teman wanita saya,” ujarnya dengan senyuman sambil berjalan ke arah Ain.
Ain sedikit tersentak. Dia menelan liur. “Teman wanita?”
“Ya. Dah lama saya sukakan awak Ain. Awak ni comel dan kelakar. Kalau awak sudi jadi teman wanita saya, awak tak payah bekerja pun saya akan masukkan duit dalam akaun awak tiap-tiap bulan,” tawar Kamil.
Ain tergelak seperti tidak percaya. “Wow! Menarik... Saya tak payah kerja tapi duit masuk tiap-tiap bulan. Tapi Encik Kamil... saya minta maaflah, ya. Saya tak suka dekat Encik Kamil. Daripada jadi teman wanita Encik Kamil, lebih baik saya berhenti kerja. Saya tak ada perasaan langsung pada Encik Kamil walaupun sikit. Nak buat macam mana, kan. Encik Kamil tak payah pecat saya. Saya yang akan berhenti kerja,” ujar Ain sambil meletakkan kad kerjanya di atas
meja En. Kamil. “Terima kasih sebab sukakan saya,” ujarnya sambil tersengih memandang En. Kamil. Dia segera berlalu meninggalkan pejabat En. Kamil.
AIN mencampakkan beg sandangnya di penjuru katil. Dia duduk di birai katil sambil mengeluh.
Mimi memandang Ain. “Awal balik malam ni. Apa hal pulak ni?” soal Mimi.
Ain menarik nafas dalam-dalam tanpa memandang Mimi. “Hee... bodoh betul Encik Kamil tu. Ada ke patut dia nak aku jadi girlfriend dia. Bodohlah dia tu. Dia kata kalau aku nak jadi girlfriend dia, aku tak payah kerja dia masukkan duit dalam akaun aku tiap-tiap bulan,” luahnya.
Mimi tersenyum. “Tawaran menarik tu. Kau terima tak?” soalnya cuba memancing Ain.
“Gila. Aku dah berhenti kerja tadi,” ujar Ain.
Mimi tergelak. “Baguslah kau dah berhenti kerja. Kau tu tak cukup duit sangat ke Ain? Lama dah kau kerja. Cukuplah tu. Dah nak exam sangat ni. Reti-retilah belajar, sayang oii,”
Ain mengangkat keningnya. Ada benarnya pada kata-kata Mimi. “Tak apalah, untuk nak exam ni aje. Lepas exam boleh cari kerja lain,” ujarnya lalu merebahkan kepalanya di
bantal.
Dahi Mimi berkerut. “Eh Ain, aku peliklah dengan kau ni. Sejak kau masuk sini, kau asyik kerja buat part time job aje tau. Kau tak tahu penat ke? Kau gila sangat cari duit apasal?” soal Mimi.
Ain tersenyum sendiri. “Aku nak hidup sendiri. Kau dengar sini. Sekarang ni duit dalam akaun aku ada lebih kurang 20 ribu. Aku ada lagi dua tahun nak cari duit. Dengan duit tu nanti, aku boleh beli atau sewa rumah sendiri sementara aku cari kerja tetap. Bijak tak aku?” soal Ain.
Mimi tergelak sambil mengangguk-angguk. “Ha’ah... bijak sangat. Kau bersungguh nak hidup sendiri kenapa? Baik kau balik kampung...”
“Aku tak nak balik kampung lagi,” potong Ain.
Dahi Mimi berkerut. “Habis kau nak...”
“Aku nak tidur. Penatlah pulak. Good night... tidur jangan lambat sangat. Tingkap tu selalu terbuka sendiri tau,” potong Ain lalu menarik selimutnya.
Mimi mengeluh. Kata-kata Ain sedikit pun tidak menakutkannya. Dia mengjungkit bahu lalu menyambung kerjanya semula.
PENGIKUT-PENGIKUT Alvin menuruti langkah Alvin masuk ke dalam tandas wanita. Perempuan-perempuan di dalam tandas menjerit lalu berlari keluar sebaik saja mereka masuk ke dalam tandas.
“Suruh semua keluar,” arah Alvin perlahan.
Pengikut-pengikut Alvin segera mengetuk pintu tandas yang masih tertutup.
Susan hanya melihat, menanti hukuman. Dia tidak pasti apa yang bakal Alvin lakukan kepadanya. “Baby...” ujarnya separuh merayu.
“Shut up!” pantas Alvin menarik rambut Susan lalu menariknya masuk ke dalam tandas.
“You nampak lubang tandas tu?”
“Baby... I’m sorry,” air mata mula mengalir di pipi Susan.
Alvin tersenyum sinis. “Ini balasan apa yang you dah buat pada Sara,” ujarnya. Dia menekan kepala Susan ke dalam mangkuk tandas lalu menarik flush.
Susan lemas seketika. Dia tercungap-cungap apabila air dari flush berhenti. Belum sempat dia menghilangkan sesak nafasnya itu, Alvin sudah menariknya ke tandas sebelah.
Alvin tersenyum. “I don’t like this smell...” bau air kencing menusuk ke dalam rongga hidungnya. Dia menekan kepala Susan ke dalam mangkuk tandas sekali lagi. “Ini balasan you sebab curang pada I,” ujarnya lalu menarik flush. Kali ini air dari flush itu agak lama.
Jangka masa itu sudah cukup buat Susan lemas. Dia dapat rasa air flush tersebut masuk ke dalam mulut dan rongga hidungnya.
Alvin menarik semula kepala Susan.
“Alvin, enough. Please... you tak sayang I ke?”
Alvin tergelak lalu menarik Susan ke tandas sebelah. “Come, I nak bagi you rasa semua air toilet dekat pub ni,” balasnya lalu menekan kepala Susan sekali lagi. “Ini balasan you sebab tak tahu nak hargai kasih sayang I,” sekali lagi dia menarik flush.
Susan sudah tidak berdaya menahan nafasnya. Dia sudah keletihan. Dia tidak dapat bayangkan sudah berapa banyak air masuk ke dalam perutnya.
Alvin menarik kembali kepala Susan.
“Alvin, I dah tak larat. Please... lepaskan I,” rayu Susan.
Alvin tergelak sambil memandang Susan. “Susan, Susan... bangun!” jeritnya lalu menarik Susan ke tandas sebelah. “Nasib baik cuma ada empat toilet aje dekat sini. Memang sesuai sangat dengan you. Yang ni, balasan sebab you belot pada I,” ujarnya lalu menekan kepala Susan ke
dalam mangkuk tandas. Dia menarik flush. Kali ini Susan benar-benar sudah tidak tahan. Terasa pandangannya kabur. Tapi belum sempat gelap pandangannya, air flush itu berhenti. Pantas Alvin menariknya keluar. Dia sudah tidak mampu berdiri.
Alvin menarik rambut Susan mengadap cermin. “You tengok cermin tu, tengok balik muka you! Jangan ingat you cantik sangat. Cermin tu pun mengejek tahu. I tak nak tengok muka you lagi lepas ni. Sampai I jumpa you, tahulah apa I akan buat!” bisiknya lalu menolak Susan ke penjuru
tandas.
Susan tersungkur. Kepalanya sakit akibat terhantuk.
“Ingat apa I kata tu!” ujar Alvin lalu meninggalkan Susan.
ALVIN masuk ke dalam rumahnya. Penat, tapi hatinya puas. Langkahnya terhenti apabila melihat Neo sudah tertidur dengan memangku Sara yang juga sedang nyenyak tidur. Dia
tersenyum lalu menuju ke arah mereka. “Neo, hei. Wake up,” ujarnya sambil menggerakkan Neo.
Perlahan-lahan Neo membuka matanya. Terkejut dia memandang Alvin di depan matanya. “Sorry, bos. Saya tak sengaja,” ujarnya. Wajahnya nampak sungguh cemas.
“It’s okay,” balas Alvin dengan senyuman. “Thanks, temankan Sara. Tu, matikan TV. Kau tidur di sini aje malam ni. Good night,” sambungnya lalu mendukung Sara masuk ke dalam bilik.
“Baik, bos.”
Perlahan-lahan Alvin meletakkan Sara di atas katil lalu menarik selimut Sara. Dia mengucup lembut dahi Sara. Tiba-tiba dia terasa mahu tidur bersama Sara. Dia berbaring di sisi Sara sambil memeluk anak kecil itu. Selepas ini, dia akan pastikan tiada apa yang buruk akan menimpa Sara lagi. Tidak sesekali.
bab 5
HARI itu Alvin sudah berjanji pada Sara untuk membawa Sara keluar berjalan-jalan. Dia tersenyum memandang kegembiraan Sara. Senang hatinya melihat Sara begitu.
“Dah siap ke?” soalnya sambil memandang Sara.
Sara menggeleng-geleng sambil memandang Alvin di muka pintu.
Alvin tersenyum lalu menuju ke arah Sara. “Kenapa tak siap lagi? Tak nak keluar dengan papa ke?”
“No. I don’t have...”
“Helo...”
Serta-merta Sara menutup mulut kecilnya lalu tersenyum memandang Alvin. “Sara tak ada baju nak pakai, papa,” ujar Sara.
Alvin tergelak. “Hai, papa selalu belikan baju untuk Sara, kan? Mana baju Sara?”
“Dah tak cantik,” rungut Sara.
“Wah, anak papa dah pandai cerewet ya sekarang. Okey, kalau macam tu nanti kita beli baju baru. Sekarang ni Sara pakai baju ni, ya,” ujar Alvin.
Wajah Sara sedikit berkerut.
“Sara...”
“Okey,” jawab Sara lalu mengambil baju yang dimaksudkan.
“Cepat sikit, papa tunggu di luar,” ujar Alvin lalu keluar dari bilik Sara. Sampai di luar, dia mengeluarkan telefon bimbitnya. “Aku tak nak kau ikut aku dari dekat. Aku tak nak
sampai jadi apa-apa pada Sara nanti.”
“Baik, bos,” kata Bong.
Alvin memasukkan kembali telefon bimbitnya di poket seluar. “Sara, hurry up baby.”
“Yup, coming,” sahut Sara yang keluar dari biliknya.
Alvin tersenyum memandang Sara. Dia menghulurkan tangannya. Sara tersenyum lalu berlari mendapatkannya. Dia mencium pipi gebu Sara lalu mendukung Sara masuk ke dalam kereta.
PAGI-PAGI lagi Ain sudah bersiap hendak keluar. Niat di hatinya mahu meneruskan usahanya mencari pekerjaan. Dia perlu terus berusaha untuk meneruskan hidupnya.
“Nak ke mana pagi-pagi ni Ain?” soal Mimi.
“Nak cari kerja.”
“Kerja lagi. Kau kata nak ikut aku pergi usrah tu,” ujar Mimi. Takkan Ain sudah lupa.
Ain mengulum lidah lalu memandang Mimi. “Seganlah, Mimi. Aku rasa tak layak dengan diorang semua. Kau ajelah pergi. Aku balik nanti, kau ceritalah kat aku. Boleh?” soalnya.
Mimi menggeleng. Dia tahu Ain sekadar mahu memujuk hatinya. Sebenarnya Ain memang tak suka ke majlis-majlis agama. “Kalau tak suka pergi tu cakap ajelah Ain,” ujarnya
seakan merajuk.
Ain mengakat keningnya. Merajuklah pulak. “Helo... betullah. Kau tengok ajelah member-member usrah kau tu. Sikit punya alim. Aku mana boleh masuk dengan diorang. Hanya kau yang nak kawan dengan aku, Mimi. Tapi ingat, aku balik nanti kau kena cerita kat aku apa
yang korang dapat masa dekat usrah tu. Okey, chow!” ujar Ain lalu meninggalkan Mimi.
Mimi hanya menggeleng. Dia tidak tahu bagaimana mahu mengubah Ain.
SUASANA pagi yang hening itu cukup menambahkan kesuraman rumah Borhan dan isterinya Khalijah.
“Abang dah telefon Ain ke?” soal Khalijah yang terbatuk-batuk lalu duduk di sisi suaminya.
Borhan hanya diam. Soalan isterinya tidak diendahkan.
“Abang...” ujar Khalijah lalu memegang lengan suaminya.
Pantas Borhan menepis tangan isterinya. “Kau nak buat apa dengan budak tak guna tu? Dah berapa lama dia tak balik? Dasar budak tak kenang diuntung. Kalau aku tahu macam ni, dari kecik tu aku picit-picit aje!” jerkahnya.
Satu per satu air mata Khalijah jatuh. “Abang... saya merayu pada abang. Saya nak sangat jumpa dia. Saya tak rasa saya boleh hidup lama, abang,” tangisnya.
Borhan diam seketika. “Tengoklah nanti,” ujarnya lalu meninggalkan Khalijah sendiri, berendam air mata. Rimas dia duduk lama-lama di rumah.
Khalijah hanya memandang suaminya keluar dengan menunggang motosikalnya.
ALVIN menarik Sara masuk ke kedai pakaian orang dewasa. Dia tidak boleh lepaskan Sara. Sekali terlepas, Sara boleh merayap satu shopping kompleks ni.
“Papa... I don’t like...”
“Syhh... Give me a minute. Then... I’ll follow you, okay?” potong Alvin.
Sara melepaskan keluhan. Terpaksalah dia mengikut kehendak papanya. Genggaman Alvin sudah cukup membuatkannya rimas. “Papa, why don’t you let me free?”
“Sara, why can’t you stop talking? Just a minute, okay.”
“Okay...”
“Good.
Alvin terus menarik Sara ke bahagian seluar. Tiba-tiba matanya terpandang jeans berjenama Levi’s. Serta-merta ingatannya tertumpu pada Richard. Selepas membayar jeans tersebut, terasa ada sesuatu yang tidak kena. Alvin memandang sekelilingnya. Sara!
No comments:
Post a Comment