Novel Terucap Syahadah- LIDYA NAZURA
bab 1ALVIN melepaskan keluhannya. Badannya terasa letih sangat. Dia melemparkan jaketnya di hujung sofa.
“Hai, papa,” sapa Sara sambil duduk di sisi Alvin.
Alvin tersenyum lalu mengambil Sara duduk di pangkuannya. “Hi... how are you today?” soalnya lalu mencium pipi gebu Sara.
Sara memandang Alvin lalu menggeleng-geleng.
“Hello, my daughther... You look very bad,” ujar Alvin sambil memandang Sara. Sara tidak seperti selalu. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada anak kecil ini. “Are
you okay?”
Sara masih diam.
Alvin meletakkan telapak tangannya ke dahi Sara. Panas. “God! Kita ke klinik,” ujarnya lalu mendukung Sara. Belumlagi hilang letihnya, dia terpaksa membawa Sara ke klinik. Inilah hakikat kehidupannya sebagai ayah tunggal. Dia sanggup lakukan apa saja demi anak tunggalnya itu.
ALVIN menarik handbrake keretanya. Dia memandang Sara
yang sedang lena di tempat duduk belakang. Mujur Sara hanya demam biasa. Dia keluar lalu mendukung Sara dari tempat duduk belakang masuk ke rumah. Perlahan-lahan dia meletakkan Sara di atas katil lalu menyelimutkan Sara. “You know what baby, I really love you,” ujarnya lalu mengucup lembut dahi Sara. Dia tersenyum sendiri lalu keluar meninggalkan Sara. Sampai di luar, handsetnya berbunyi. “Ha... ada apa?” “Richard dah lari dengan duit tu,” ujar Kalvin salah
seorang dari pengikut Alvin. “What? You cari dia sampai dapat. I nak jumpa dia hidup-hidup. You jangan balik jumpa I selagi tak jumpa dia. Faham!”
“Faham, bos!” jawab Kalvin.
AIN tersenyum kelat mendengar kata-kata Encik Kamil, pengurus restoran tempatnya bekerja.
“Saya tahu awak belajar. Tapi awak pun bekerja. Kalau awak tak tahu nak bahagikan masa, buat satu kerja aje. Saya tak luluskan cuti awak ni. Kerja tetap kerja!” tegas En. Kamil.
Ain mengangguk faham. “Baik Encik Kamil,” jawabnya. Hatinya merungut sendiri. Belagak sungguh. Baru jadi pengurus. Langsung tak boleh nak consider. Inilah orang Melayu. Dengan orang Melayu sendiri pun tak boleh nak tolak ansur.
“Sudah, keluar. Saya tak nak dengar lagi apa-apa lagi dari awak.”
“Saya keluar ya, Encik Kamil,” ujar Ain lalu keluar dari pejabat En. Kamil. Tiba-tiba Anne dan Farid menerpa ke arahnya.
“Macam mana?” tanya Anne.
Ain menggeleng lalu meninggalkan Anne dan Farid. Bingung dia sekarang. Macam mana dia nak buat ulang kaji sedangkan minggu depan dia sudah mula exam. Huh...
AIN merebahkan tubuhnya di katil. Wah... selesanya. Dia memejamkan mata. Dia tahu sekarang sudah pukul 2.00 pagi. Waktu ini adalah waktu paling bahagia untuk tidur.
“Baru balik?” soal Mimi yang baru saja masuk.
“Taklah. Lama dah,” jawab Ain tidak memandang Mimi.
“Kau ni apa nak jadi? Exam lagi tiga hari aje tau. Aku tak nampak pun kau ulang kaji Ain,” bebel Mimi.
Ain menekupkan mukanya dengan bantal. Dengan badannya yang sudah cukup letih, dia tidak sanggup lagi mendengar Mimi membebel.
“Tengok tu. Kalau orang bercakap bukan nak dengar. Tutuplah telinga tu bila orang bercakap. Ni kes mak bapak tak ajarlah ni!”
“Hei, mak bapak kau jangan nak sebut, ya! Nak marah aku tu, marah ajelah. Kalau kau rajin sangat belajar, belajar aje. Tak payah nak sibukkan aku. Kalau kena repeat pun, aku. Pakai duit aku. Tak susahkan kau pun!” bentak Ain.
Mimi tergamam. Rasa bersalah memburu hatinya. Dia tidak sepatutnya mengungkit tentang ‘mak bapak’ tadi. Hmm...
bab 2
PAGI itu, Mimi menjadi serba tidak kena. Lama dia memandang Ain yang sedang bersiap hendak ke kuliah. Ain langsung tidak menegurnya. “Ain, aku minta maaf pasal hal semalam.” Ain tidak mengendahkan kata-kata Mimi. Langsung dia tidak memandang wajah Mimi. “Ain... okey. Aku tau aku salah. Tolong maafkan aku,”ujar Mimi tidak putus asa.
Ain tetap tidak memandang Mimi. Seperti tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Mimi. Dia terus menyarung tudung ala kadar lalu mencapai beg sandangnya. “Aku dah lupa dah pasal semalam. Aku dah lewat ni. Okey, lunch sama tau nanti,” ujarnya sambil menampar lembut pipi Mimi. Ain meninggalkan Mimi dengan senyuman. Nampak ikhlas.
Mimi tergamam seketika. Kadang-kadang dia sendiri tidak faham perangai Ain walaupun mereka sudah dua tahun tinggal sebilik. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh tahan dengan Ain. Apa yang pasti, Ain memang kawan yang baik dan menghiburkan. Dia tersenyum sendiri. Dia masih ingat bagaimana pertama kali dia masuk ke bilik ini. Berhadapan dengan Ain yang sangat menjengkelkan baginya waktu itu.
MIMI melepaskan nafas di birai katil. Dia masih tercungap-cungap akibat penat mengangkat barang ke atas. Apa boleh buat, kedua orang tuanya terpaksa bekerja di luar kawasan waktu ini. Tapi itu bukan masalah baginya. Dia yang bersungguh-sungguh mahu tinggal di asrama. Mimi menghalakan pandangannya ke arah seorang gadis berambut panjang, berseluar jeans yang agak ketat, t-shirt yang juga agak ketat dan berjaket hitam. Dia menelan liur. Inikah teman sebiliknya? Dia hanya memandang teman sebiliknya itu meletakkan barang di tepi meja. Tidak banyak barang yang dibawa. Hanya bagasi sederhana besar dan barang keperluan mandi. “Assalamualaikum,” sapanya.
Gadis tersebut berpaling ke arahnya. Sebuah senyuman menjawab sapaan Mimi. “Hai... Duduk bilik ni ke?” soal gadis tersebut.
Mimi mengangguk, menjawab soalan teman sebiliknya yang masih tidak diketahui namanya. “Saya Mimi. Syamimi Mohd Amir,” ujarnya.
Gadis dihadapannya itu mengikat rambut tanpa memandang ke arahnya.
‘Sombong betul!’ gerutu hati Mimi.
“Nurul Ain,” jawab Ain ringkas. Sesungguhnya dia masih tidak berminat untuk beramah mesra dengan Mimi. Apa lagi bila dia melihat Mimi yang bertudung labuh dan berbaju kurung. Sudah pasti Mimi terlalu jauh untuk menjadi temannya. Dia juga tidak terfikir untuk mempunyai teman waktu itu.
“Asal mana?” soal Mimi, cuba merancakkan perbualan mereka walaupun dia cukup sedar akan kedinginan layanan Ain buatnya.
“Ipoh,” jawab Ain masih tidak mahu memandang ke arahnya.
Mimi semakin panas. Dia tidak pernah bertemu manusia seteruk teman sebiliknya itu.
“Chow dulu, beb,” ujar Ain lalu meninggalkan Mimi terpinga-pinga sendiri.
Mimi mengetap bibir menahan geram. Bagaimana dia mahu tinggal sebilik dengan manusia seperti itu. Dia mengeluh. Dugaan apa ini, ya ALLAH?
MIMI tersenyum sendiri. Jika diingat detik itu, dia tidak pernah terfikir yang Ain akan berubah seperti hari ini. Walaupun masih ada sisa kekasaran pada personaliti Ain hari ini, namun itu jauh lebih baik berbanding dahulu. Dia juga sungguh tidak sangka, kekerasan Ain hanya pada zahirnya namun hatinya baik. Hari ini, dia nampak betapa lembutnya hati Ain. Jika tidak, tidak mungkin Ain begitu mudah menerima setiap nasihatnya. Dan jika tidak, mustahil juga untuk Ain berubah sejauh ini.
SEKALI lagi Ain lambat masuk ke dewan kuliah. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam melalui pintu belakang.
“You lagi?”
Ain memejamkan matanya. Langkahnya terhenti. Jantungnya berdegup kencang. Memang cari maut sebab lambat masuk kuliah Prof. Amir. “Saya minta maaf, prof,” hanya itu saja yang keluar dari mulutnya.
“Saya nak jumpa awak lepas kelas ni! Faham!”
Ain melepaskan keluhan sambil menggeleng. ‘Habis aku kali ni!’ Dia mengambil tempat di belakang sekali. ‘Hisy... orang tua ni! Dah besar-besar macam ni pun, masih nak buat orang macam budak-budak. Kecoh betul!’ detik hatinya sendiri. Dia mengetap bibir menahan geram.
Selesai kuliah, Ain terpaksa menunggu sehingga semua pelajar keluar. Prof. Amir masih setia menantinya. Ikutkan hati mahu saja dia cabut. Tapi takut pulak pensyarahnya itu makin naik angin nanti. “Ada apa prof nak jumpa saya ni?” soalnya.
Prof. Amir tidak memandang wajah Ain yang sedang berdiri di hadapannya. “Awak rasa apa salah awak?”
Ain mengetap bibir. Pasti kesnya yang sudah hampir dua minggu tidak datang kuliah. Dia membisu tanpa jawapan.
“Awak datang ke sini nak belajar ke nak main-main?” soal Prof. Amir keras.
Ain mengangkat kening. ‘Wah, takkan nak kena bebel pulak,’ keluh hatinya.
“Dah bisu pulak?”
“Tak lagi,” spontan perkataan itu keluar dari mulut Ain.
Prof. Amir memandang Ain.
Ain tunduk. Dia tidak berani menentang pandangan Prof. Amir. “Saya dengar awak kerja malam.”
Wajah Ain mula berkerut. Mana pulak orang tua ni tahu? Mesti Mimi yang bawa mulut.
Prof. Amir memandang Ain. “Betul ke?”
Ain hanya mengangguk.
“Tak salah nak kerja, tapi kenalah pandai bahagikan masa,” ujar Prof. Amir agak lembut.
Ain mengangguk lagi. Dia masih lagi diam
“Sudahlah, penat saya bercakap dengan orang bisu. Angguk-angguk, geleng-geleng aje dari tadi. Jom, ikut saya,” ujar Prof. Amir sambil mengatur langkah unuk keluar.
“Nak pergi mana?” soal Ain sambil memegang tali beg sandangnya
“Ikut aje.”
Ain memuncungkan bibirnya lalu menuruti langkah Prof. Amir.
Prof. Amir tiba di tempat letak kereta.
“Nak pergi mana?” soal Ain. Dia bertambah hairan apabila melihat Prof. Amir sudah membuka pintu keretanya.
Prof. Amir memandang Ain dengan senyuman. “Masuklah,”ujarnya.
Ain menggaru kepalanya yang tidak gatal. Namun, pantas dia bergerak ke tempat duduk penumpang dan masuk ke dalam perut kereta.
Perlahan-lahan Toyota Estima itu meninggalkan perkarangan Kompleks Dewan Kuliah. Kereta mula bergerak menuju ke Kompleks Bilik Pensyarah Pendidikan Sains dan
Teknologi. Sebaik saja kereta berhenti, mereka berdua keluar dari perut kereta.
Hati Ain mula diserang pelbagai persoalan. ‘Prof nak buat test ke? Atau... hmm...’ soalnya sendiri sepanjang perjalanannya menuruti langkah Prof. Amir ke pejabat.
“Duduk,” ujar Prof. Amir sebaik saja dia sampai ke biliknya.
Ain menurut tanpa kata. Dia melihat Prof. Amir mencari sesuatu di rak bukunya.
“Saya bagi awak pinjam nota-nota ni semua,” ujar Prof. Amir sambil duduk di tempatnya, berhadapan dengan Ain.
Ain menelan liur melihat nota di dalam file yang begitu tebal. Mampukah dia baca semua itu sedangkan peperiksaan hanya tinggal sebulan saja lagi. Bukan subjek Prof. Amir saja yang perlu dia hadapi. Hatinya menggerutu. “Semua ni, prof?” soal Ain seperti tidak percaya, tapi disambut juga huluran Prof. Amir kepadanya.
“Ya. Awak kira dah berapa banyak awak tak masuk kelas saya. Awak tak ambil test. Tak buat kuiz. Kalau ikut prosedur, awak dah tak boleh masuk exam pun. Jadi, saya nak juga tolong awak. Make sure awak score subjek saya B+ ke atas, dalam test yang akan saya buat. Kalau score, baru saya akan lepaskan awak. Boleh?” soal Prof. Amir sambil memandang Ain.
Ain menelan liur sambil mengangguk. “Saya cuba prof. Tapi, kalau saya tak faham note ni, saya boleh datang tanya prof, kan?” soalnya kembali.
Prof. Amir tergelak memandang Ain. Naif sungguh gadis di hadapannya itu. “Boleh sangat. Datanglah bila-bila masa,” jawabnya dengan senyuman.
Ain tersengih memandang Prof. Amir. “Okey, prof. Saya balik dulu,” ujarnya lalu bangun dari tempat duduknya.
Prof. Amir hanya mengangguk.
“Assalamualaikum,” ujar Ain.
“Waalaikummussalam,” jawab Prof. Amir sambil matanya mengiringi langkah Ain meninggalkan pejabatnya. Hatinya hiba seketika. Dia kenal Ain melalui anak kesayangannya, Mimi. Dia tidak tahu apa yang terjadi pada Ain di masa lalunya. Tapi pasti Ain punya sebab yang cukup kuat sehingga dia sering mengabaikan pelajarannya, tapi begitu tekun mencari duit di luar. Biarlah kali ini dia membantu pelajarnya itu. Mungkin ada hikmahnya nanti.
AIN memandang nota-nota di atas meja. Dia melepaskan keluhan. Nampaknya banyak yang dia perlu cover untuk peperiksaan nanti. Dia membuka nota tersebut satu per satu. Dahinya berkerut. “Apa ni, tak faham pun,” keluhnya. “Hai, mengeluh lagi ke?” saol Mimi yang tiba-tiba saja muncul di hadapan Ain.
Ain memuncungkan bibirnya dan tidak memandang Mimi. “Aku dah tak larat nak catch uplah. Banyak sangat. Ni baru satu subjek. Subjek lain tak tengok lagi,” rungutnya.
Mimi tersenyum sambil memandang Ain. “Salah siapa?”
Ain menjeling Mimi. “Memanglah salah aku...”
“Ha, tahu pun. Dah tu... buat ajelah. Jangan nak merungut. Kau merungut panjang-panjang pun, bukan kau habis baca nota-nota tu semua,” ujar Mimi.
Ain meletakkan kepalanya di atas meja. Tiba-tiba dia mengangkat kepalanya memandang Mimi.
“Kenapa?” tanya Mimi bila dia perasaan Ain asyik memerhatikannya.
Ain memandang jam di tangannya. 11.00 pagi. “Tak boleh jadi. Chayok! Aku nak pergi jumpa Dr. Khalid. Lunch nanti cancel ya, sayang,” ujarnya lalu menyandangkan beg ke bahunya.
“Hei...”
Belum sempat Mimi bersuara, Ain mencelah. “Bye... bye!” ujarnya lalu meninggalkan Mimi sendiri.
Mimi hanya mampu menggeleng melihat Ain. Ain memang selalu begitu. Entahlah...
bab 3
PERLAHAN-LAHAN Alvin membuka pintu bilik Sara. Dia tersenyum sendiri lalu menghampiri katil Sara. Dia mengusap lembut rambut Sara lalu mengucup lembut dahi anak kecil itu.
Perlahan-lahan Sara membuka matanya.
“Hai, girl,” sapa Alvin sambil melemparkan senyuman paling manis buat Sara.
Sara tersenyum lalu memeluk Alvin.
Alvin membalas pelukan Sara sambil membelai rambut anak perempuannya itu.
“Morning, papa,” ujar Sara lalu mencium pipi Alvin.
Alvin mencubit lembut pipi gebu Sara. Gembira hatinya melihat Sara tidak seperti malam tadi. Pastinya demam Sara sudah mula kebah. “Morning, my dear. How are you this morning?”
Sara tersenyum. Jelas tidak seperti malam tadi. Alvin tersenyum lalu mendukung Sara. “Kita mandi dulu, ya,” ujarnya sambil bangun menuju ke bilik mandi.
“No!!!”
Jeritan Sara membuatkan langkah Alvin terhenti. “Hello my girl...”
Sara meronta-ronta minta dilepaskan.
“Kenapa ni?” tanya Alvin, pelik.
Sara menangis sambil memeluk leher Alvin.
‘Apa yang tidak kena pada Sara?’ Alvin memeluk Sara sambil mengusap lembut belakang Sara. Dia cuba menenangkan Sara. Sara terus menangis di dalam pelukannya. “Sara, tell me. Kenapa macam ni? I’m sure you are hiding something from me, right?” pujuknya lembut.
Sara masih memeluk Alvin dengan erat seperti ketakutan.
“Sara, tell me!” tengking Alvin. Tiba-tiba saja dia hilang sabar. Dia benar-benar hendak tahu apa yang terjadi pada Sara. Dia pasti tentu ada sesuatu yang terjadi pada Sara sepanjang ketiadannya.
Perlahan-lahan Sara meleraikan pelukannya.
Alvin menurunkan Sara. “Bagitahu papa, Sara kenapa ni?”
Sara masih tersedu-sedan sambil menahan tangisnya.
“Sara please... tell me,” rayu Alvin sambil memegang kedua belah bahu Sara.
Sara tunduk sambil menyeka air matanya.
“Sara..” pujuk Alvin.
Sara mengangkat muka. “I don’t want Auntie Susan. She is a bad person. I don’t want her,” ujarnya.
Alvin memandang Sara. Susan? Apa yang tak kena dengan Susan? “Okay... okay. But why?”
“She wants to kill me papa,” ujar Sara.
Serta-merta jantung Alvin berdegup kencang. Terasa darah naik ke mukanya. “What happen?” soalnya.
Sara diam. Soalan Alvin tidak mampu dijawabnya.
“What happen, Sara. Tell me!” tengking Alvin.
(bersambung)
No comments:
Post a Comment