Monday, October 3, 2011

SEHARUM WANGIAN SYURGA



ALIFF FAHMI redha apabila pertunangannya terpaksa diputuskan kerana fitnah yang melanda. Dia tekad. Dia berhijrah untuk memulakan hidup baru. Namun, belum sempat dia mengecap kebahagiaan di tempat baru, sekali lagi dia diuji.

Pertemuan dengan Anis membuatkan hidup Aliff Fahmi kacau-bilau. Gadis itu telah meluahkan rasa hati kepadanya. Kecewa kerana kasihnya ditolak lelaki itu, Anis nekad mahu membunuh diri. Aliff Fahmi cuba memujuk, tapi tidak diendahkan.

“Ya ALLAH, jika gadis ini nekad untuk mencabut nyawanya, tolonglah… jadikanlah sesuatu sebab yang boleh memberikan kesempatan untuk dia bertaubat kepada-MU!” Itulah doa Aliff Fahmi. Akhirnya dia bersetuju untuk mengahwini Anis.

Perkahwinan itu bukan sahaja menyelamatkan nyawa Anis, malah mengubah diri Anis menjadi Muslimah sejati. Namun janji ALLAH tidak ada siapa yang dapat menghalangnya. Anis pergi menghadap ILAHI ketika kandungannya berusia dua bulan.

Aliff Fahmi berasa kecewa kerana kehilangan insan tersayang. Namun, dia pasrah pada qadak dan qadar ALLAH. Bagi menenangkan jiwa, dia memilih untuk memunaikan umrah. Di sana, dia sentiasa teringatkan Isma Humairah, bekas tunangnya. Bismillahirrahmanirrahim… Dua pasang nama pun diukir di Jabal Rahmah. Namun, ada jodohkah antara mereka berdua? Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui.

Dapatkan novel ini di pasaran. Hanya RM23.00.
Hubungi: Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan
Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall
E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@karangkraf.com

Hubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai:

Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415)
Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411)
Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (013-3330591)
Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839)
Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza)See more

No comments:

Post a Comment