Tuesday, August 10, 2010

ALAF21 MELAKAR SEJARAH BARU



Team Alaf 21 sama-sama meraikan kejayaan Top 5 Novelis.

SEBAGAI penerbit novel, pengiktirafan yang diterima oleh lima novelis ini juga merupakan kejayaan bagi Alaf 21. Bermula dari sebuah syarikat kecil yang serba kekurangan kira-kira 13 tahun yang lalu, kami mengengsot, merangkak, bertatih dan berjalan perlahan-lahan membina nama.

Ketika itu penulis-penulis yang sudah punya nama cuma mahukan cop logo syarikat penerbitan yang besar sahaja untuk buku-buku mereka. Bagi mereka, logo syarikat kecil ini tidak layak untuk buku-buku mereka yang mempunyai nilai sastera yang tinggi.

Cabaran ini kami sahut. Bermula dengan hanya tiga orang penulis novel, kini Alaf 21 telah berjaya membina nama ramai penulis muda dan kami dikenali sebagai Penerbit Novel No 1 Malaysia. Syukur ke hadrat ALLAH SWT.

Apakah kunci kejayaan Alaf 21? Kesabaran dan teamwork daripada semua kakitangan adalah ramuannya. Kami bekerja bagai satu keluarga. Berinteraksi dan menegur antara satu sama lain dengan cara berhemah. Berkat kesabaran kami menerima kritikan, teguran malah tohmahan daripada pihak-pihak luar yang melabelkan kami sebagai penerbit novel-novel picisan dan murahan. Akhirnya di sinilah kami berdiri sekarang. Sesungguhnya untuk kesekian kalinya, kami sedar rezeki ini semuanya datang dari Yang Maha Esa.

Bagi anda yang minat menulis novel, dengan besar hati anda dijemput datang ke Alaf 21. Kami memang mengalu-alukan manuskrip anda terutama manuskrip novel bercorak Islamik. Kita sama-sama berganding tenaga untuk memajukan lagi industri penerbitan buku tanah air. Berkat kesabaran, kejujuran, keikhlasan dan sentiasa bersangka baik antara satu dengan yang lain, inilah hasil yang mereka perolehi kerana sesuatu kejayaan itu bukan datang dalam sekelip mata!

Penulis bergambar bersama PM, Dato’ Najib Tun Razak

5 comments:

  1. salam..tahniah kepada team alaf..saya berminat untuk mhantar novel..macam mana ya?

    ReplyDelete
  2. hantarkan manuskrip anda yang siap diprint ke premis alaf21... alamt seperti tertera di panduan menghantar manuskrip...

    ReplyDelete
  3. salam dan tahniah diucapkan.. saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sejarah perkembangan Novel Alaf 21 ini.. macam mana saya boleh dapatkan maklumat itu dengan lengkap?

    ReplyDelete
  4. afiq blh melayari web www.alaf21.com.my...

    ReplyDelete