Monday, October 3, 2011

SEBELUM NAFAS TERHENTI



Sukar menerima musibah jika tidak benar-benar beriman kepada TUHAN. Kehadiran Nurlisa, gadis tempang sebagai pembantu rumah, telah membawa sirna kepada Aldi yang merana jiwa kerana kematian isteri dan separuh lumpuh akibat kemalangan. Nurlisa telah menginsafkan Aldi tentang hakikat, seorang hamba ALLAH yang kerdil, mesti redha menerima dugaan dan mengharapkan kekuasaan serta rahmat ALLAH untuk apa juga perkara.

Mereka berpisah apabila Aldi yang telah sembuh menyambung pengajian ke luar negara.
Nilai murni yang menghiasi keperibadian Nurlisa telah menawan hati Aldi. Impiannya untuk menjadikan gadis tempang sebagai suri hidupnya ditentang oleh ayahnya kerana Nurlisa gadis cacat. Harapannya hampir musnah apabila dia kembali dari luar negara, Nurlisa telah berhenti kerja di rumahnya. Perasaan Aldi terhadap Nurlisa tidak pernah berubah walaupun pintu hatinya diketuk oleh Ain Wahida seorang gadis cantik jelita yang ingin menagih cintanya.

Rahmat daripada ALLAH. Mereka bertemu kembali. Di saat ayah Aldi telah bersetuju untuk melestarikan impian hati Aldi menyatukan cintanya dengan Nurlisa, gadis itu pula disyaki mengidap barah darah. Datuk Haris kembali menghalang, bimbang Aldi akan kehilangan isteri sekali lagi. Bimbang kelukaan dan kemeranaan anaknya itu akan berulang. Hati Aldi seolah dicengkam oleh tangan yang tajam dan kejam. Impian dikalbu seolah tidak akan tercapai. Akhirnya dia pasrah...

Dapatkan novel Nur sentuhan Juriah Ishak ini di pasaran... hanya RM21.00.

Hubungi: Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan
Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall
E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@karangkraf.com
Hubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai:

Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415)
Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411)
Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (013-3330591)
Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839)
Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza)

AIR MATA SITI HAJAR



SITI HAJAR – Rasa cintanya terhadap Ibrahim sangat mendalam. Meskipun dimusuhi Khadijah… Hajar tetap mampu bertahan kerana ALLAH sentiasa melindunginya. ILAH itu dekat dengannya, lebih hampir daripada urat merihnya sendiri.
IBRAHIM – Tidak diragui sama sekali, cintanya terhadap Hajar menggunung tinggi. Namun sayang, dia berlaku tidak adil tatkala mengadili konflik antara Hajar dan adiknya, Khadijah. Akibatnya, sang isteri asyik menjeruk hati.
Namun, rasa cinta Ibrahim berubah sejak kehadiran Sarah. Dia kasihkan Hajar tetapi tidak mampu menidakkan kesetiaan Sarah terhadapnya. Hajar pula, sudah tidak berdaya mempertahankan cintanya lagi.
Kata-kata Aisyah mungkin ada benarnya. Cinta Hajar kepada Ibrahim selama ini bukanlah kerana ALLAH. Buktinya jelas. Hajar tidak mampu menerima hakikat hidup bermadu.

DAPATKAN SEGERA NOVEL SENTUHAN NAZIHATUL HANAN DI PASARAN. Hanya RM22.00.

Hubungi: Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan
Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall
E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@karangkraf.com

Hubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai:

Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415)
Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411)
Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (013-3330591)
Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839)
Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza)See more

SEHARUM WANGIAN SYURGA



ALIFF FAHMI redha apabila pertunangannya terpaksa diputuskan kerana fitnah yang melanda. Dia tekad. Dia berhijrah untuk memulakan hidup baru. Namun, belum sempat dia mengecap kebahagiaan di tempat baru, sekali lagi dia diuji.

Pertemuan dengan Anis membuatkan hidup Aliff Fahmi kacau-bilau. Gadis itu telah meluahkan rasa hati kepadanya. Kecewa kerana kasihnya ditolak lelaki itu, Anis nekad mahu membunuh diri. Aliff Fahmi cuba memujuk, tapi tidak diendahkan.

“Ya ALLAH, jika gadis ini nekad untuk mencabut nyawanya, tolonglah… jadikanlah sesuatu sebab yang boleh memberikan kesempatan untuk dia bertaubat kepada-MU!” Itulah doa Aliff Fahmi. Akhirnya dia bersetuju untuk mengahwini Anis.

Perkahwinan itu bukan sahaja menyelamatkan nyawa Anis, malah mengubah diri Anis menjadi Muslimah sejati. Namun janji ALLAH tidak ada siapa yang dapat menghalangnya. Anis pergi menghadap ILAHI ketika kandungannya berusia dua bulan.

Aliff Fahmi berasa kecewa kerana kehilangan insan tersayang. Namun, dia pasrah pada qadak dan qadar ALLAH. Bagi menenangkan jiwa, dia memilih untuk memunaikan umrah. Di sana, dia sentiasa teringatkan Isma Humairah, bekas tunangnya. Bismillahirrahmanirrahim… Dua pasang nama pun diukir di Jabal Rahmah. Namun, ada jodohkah antara mereka berdua? Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui.

Dapatkan novel ini di pasaran. Hanya RM23.00.
Hubungi: Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan
Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall
E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@karangkraf.com

Hubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai:

Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415)
Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411)
Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (013-3330591)
Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839)
Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza)See more

NUR DI HATINYA



“Kau pembunuh, Udin! Kau pembunuh!” Kalimah yang terbit di bibir Siti Sarah, kakak kepada Saifuddin itu terus terngiang-ngiang di indera dengar anak muda itu. Kerana kata-kata itu juga, dia membawa diri ke sebuah daerah di Indonesia. Dia berpaut pada kasih dan ehsan seorang murabbi, Kiai Hasan. Ketika itulah dia mengenal manisnya al-Quran.

Beberapa tahun berlalu, dia kembali ke kampung halaman de...ngan izin Kiai Hasan yang sudah dianggap seperti bapanya. Dia pulang bukan lagi sebagai seorang penagih dadah, sebaliknya menggalas satu harapan, iaitu menunaikan hajat arwah ayahnya yang tidak kesampaian. Namun jauh di sudut hati, dia tertanya-tanya, sudahkah Siti Sarah mengampunkan dosanya?

Di kampung, Saifuddin berusaha mengumpul dana untuk membina pusat pengajian al-Quran untuk golongan warga emas. Dalam diam Siti Zulaikha, majikannya memuji kegigihan lelaki itu untuk menegakkan tiang agama.
Panas tidak sampai ke petang. Saifuddin disahkan doktor menghidap barah perut. Tanpa diduga, Siti Zulaikha menghulurkan kasih kepada Saifuddin. Mampukah Saifuddin menyambut salam kasih wanita itu? Hakikatnya, dia turut menyukai wanita itu, tetapi dia sedar hayatnya tidak panjang.

Dapatkan NUR DI HATINYA di pasaran... hanya RM19.90
Hubungi: Zulia Zakaria - 03-51013649 untuk jualan di sekolah atau anjuran persatuan
Hubungi: Rojana Md Nor - 019-2260713 untuk pertanyaan mengenai Karangkraf Mall
E-mel untuk menjadi pengedar buku: promogrupbuku@karangkraf.com
Hubungi Eksekutif pengedaran ini sekiranya tidak terdapat buku-buku kami di kedai:
Pantai Timur/ Central: Halim (019-2886263) & Raqib (013-6554415)
Utara/ Central: Hanapi (019-2297371) & Saiful Azlan (012-3412411)
Selatan/ Central: Azam (012-9897565) & Ibrahim (013-3330591)
Mega Bookstores/ MPH, Kinokuniya, Boarders, Popular: Fadzli@Apai (019-6222839)
Sabah, Sarawak & Luar Malaysia: 03-5101 3683/84 (Liza)

Thursday, September 29, 2011

Langganan Buku


Notis:
Mulai 1 Oktober 2011, Setiap Langganan buku perlulah menggunakan alamat/ No akaun berikut:

Karangkraf Mall Sdn Bhd
Unit Langganan
P/S 7041 Pejabat Pos Besar Shah Alam
40700 Shah Alam Selangor

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan langganan sila hubungi:

Tel: 03 5101 7480/7481/7478
HP: 019 3310102
Faks: 03 5101 7483
Website: mall.karangkraf.com

Nama Akaun: Karangkraf Mall Sdn Bhd
No. Akaun: 0142 7120 4204 (Maybank)

Untuk pertanyaan mengenai promosi, sila hubungi RJ Shahfaizal di talian 019-7906628.

Monday, April 25, 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011...


Jom ramai2 mmeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011... Alaf21 menanti anda di Dewan Tun Dr Ismail, PWTC... Diskaun menarik menanti anda... Selain itu, pada hari Sabtu dan Ahad, cabutan bertuah menanti anda dengan setiap belian novel dan buku alaf21... Jom serbu Dewan Tun Dr Ismail dan dapatkan novel2 ALaf21 terutama novel nur...